Monday, 16 August 2021

Dari Tinta GB Wan Ita HOTs

 


Sekapur Sireh Seulas Pinang,                    Dari Tinta Guru Besar….

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran saya rafakkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan inayahNya Buku Perancangan dan Takwim Sekolah SK Haji Omar (SKHOT) Tahun 2021 ini dapat dijana untuk direalisasikan pada tahun ini.

Ia merupakan wadah atau satu dokumen yang sangat penting sebagai rujukan kepada warga sekolah untuk melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang Ia juga sebagai lambang komitmen dan keutuhan semua guru SKHOT dalam Profesion Keguruan ke arah budaya kerja yang berkualiti dan berwawasan serta lebih produktif dan efisien ketika menjalankan tugas keguruan dan berkaitan dengannya.

Bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mentransformasikan sistem pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, seluruh warga sekolah wajar memahami hasrat dan kehendak dalam PPPM ini dengan berusaha untuk memberikan pendidikan yang berkualiti menjangkau seluruh lapisan kanak-kanak selaras dengan prinsip pendidikan untuk semua tanpa membezakan kaum, status sosial, taraf ekonomi dan agama.

Sekalung TAHNIAH kepada semua warga sekolah yang telah memberikan sumbangan dan sokongan yang jitu ke arah kecemerlangan sekolah. Teruskan kecemerlangan dan kolaborasi sedia ada ke arah sebuah pasukan yang bersifat lebih komprehensif. Yakinlah bahawa matlamat dan objektif, VISI dan MISI sekolah akan dapat dicapai hasil daripada perancangan yang bijak dan teratur serta kerjasama dan komitmen semua warga sekolah termasuk komuniti setempat demi untuk merealisasikan impian menjadi kenyataan serta menjana legasi yang mantap dan lestari demi kemenjadian anak-anak didik di SKHOT ini.

‘It always seems impossible until it’s done’

Akhir kalam,semoga setiap amanah yang dipertanggungjawabkan adalah atas landasan keikhlasan tanpa mengharapkan ganjaran, pujian serta sanjungan.. Inshaa Allah akan melahirkan murabbi yang cemerlang dan terbilang.

‘No matter how smart you are, if you never know how to work with people, you will never be successful’

 

 

 


Selamat Bertugas.

Wan Rozita bt. Wan Osman,

Guru Besar,

SK Haji Omar Tahir.


KINI KAU TIBA LAGI

 

Setiap kali tibamu Ogos

mengerling monumen yang lusuh dan tugu berdarah

dalam matang akal fikir

semangat dan kudrat masih berbaki

merisik khabar pejuang yang jauh

dalam lipatan darmawisata merdeka

mahalnya nostalgia.

 

Manis dan comelmu Ogos ini tiba jua

menyentak lolong makrifat membiak musim

ceriteranya berderai plotnya berkecai

mengirai skrip duga yang tak sudah

atas aspal fatamorgana bumi bertuah.

 

Ogos yang sujud di kaki merdeka

tanggal tiga puluh satumu tidak pernah hilang

tetap menyimpul senyum

meskipun termateri kenangan pahit

yang mahal dan cantik.

 

Hari ini mentari 31 Ogos memancar lagi

bersama gemersik angin di bumi bertuah

mendewasakan ukhuwah dan ummah

siap siaga warga berdaulat memahat sejarah

dalam tamadun bangsa yang gah.

 

Terima kasih pejuang tanah merdeka

terima kasih aduhai tanah airku Malaysia!

Maktok GB
HOTs
Ogos 2021

WANIETA.... TIADAKAH HAKNYA UNTUK MEMILIKI PEGHARGAAN ITU????

 

Pernahkah anda berhadapan dengan situasi tidak dihargai oleh suami?!!!

Jarang-jarang, kadang-kadang atau selalu?!!

Sedih tak? Atau anda sudah tekal dengan situasi sebegini?

Sudah tidak kisah kerana apapun perasaan anda ketika itu anda tidak akan dipedulikan.

Akhirnya anda letih sendiri…abaikan perasaan yang terguris dan sedih, kembali kepada normal, ketepikan semua kesedihan dan keterasaan hati itu.

Tapi…biar apapun, hati seorang perempuan…pastinya semua itu akan disimpan jauh di sudut hati yang amat dalam…Ya Allah..kuatkanlah hati kami untuk terus tabah dan bersabar…

 

Hak seorang isteri…haruskah dipertahankan?! haruskah dizahirkan?!!

Lucu juga bila difikirkan bahawa mereka tahu hak-hak mereka tetapi tidak pernah merasai hak itu dan tidak berdaya untuk menuntutnya.

Nafkah zahir?!! Batin?!!

Faham…walaupun isteri bekerja dan punya pendapatan, namun haknya janganlah diabaikan

Utamakan kesukaannya, jaga perasaannya….sukar kah???

Betul, ia sukar dipenuhi mungkin kerana tiada kemampuan

Tapi jika keperluan orang lain boleh dipenuhi…apakah persoalan sebenarnya?

Meminta izin untuk mendua dengan alasan berkemampuan….Allahuakbar…kemampuan apakah yang sedang diperdebatkan jika yang ada di depan mata, yang berkongsi hidup selama berpuluh purnama tidak pernah dizahirkan haknya..Ahhhh…memang dunia ini sangat tidak adil….

Tidak semua isteri suka meminta dan menzahirkan keinginannya…dia hanya berserah dan menyimpan keinginannya..memang mampu untuk memliki sendiri apa yang dihajati tapi mungkin akan lebih berbunga hatinya jika itu adalah pemberiaan daripada suami tercinta walaupun hanya sekadar sepasang persalinan yang paling murah juga sebentuk cincin  emas putih yang diidamkan walaupun hanya sekadar tiruan?!!

WAN ITA
16 OGOS 2021