Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….
Alhamdulillah, setinggi kesyukuran saya rafakkan ke
hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan inayahNya Buku Perancangan dan Takwim
Sekolah SK Haji Omar (SKHOT) Tahun 2021 ini dapat dijana untuk direalisasikan
pada tahun ini.
Ia merupakan wadah atau satu dokumen yang sangat
penting sebagai rujukan kepada warga sekolah untuk melaksanakan semua aktiviti yang
telah dirancang Ia juga sebagai lambang komitmen dan keutuhan semua guru SKHOT
dalam Profesion Keguruan ke arah budaya kerja yang berkualiti dan berwawasan
serta lebih produktif dan efisien ketika menjalankan tugas keguruan dan
berkaitan dengannya.
Bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk mentransformasikan sistem pendidikan melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, seluruh warga sekolah wajar memahami
hasrat dan kehendak dalam PPPM ini dengan berusaha untuk memberikan pendidikan
yang berkualiti menjangkau seluruh lapisan kanak-kanak selaras dengan prinsip
pendidikan untuk semua tanpa membezakan kaum, status sosial, taraf ekonomi dan
agama.
Sekalung TAHNIAH kepada semua warga sekolah yang telah
memberikan sumbangan dan sokongan yang jitu ke arah kecemerlangan sekolah.
Teruskan kecemerlangan dan kolaborasi sedia ada ke arah sebuah pasukan yang
bersifat lebih komprehensif. Yakinlah bahawa matlamat dan objektif, VISI dan
MISI sekolah akan dapat dicapai hasil daripada perancangan yang bijak dan
teratur serta kerjasama dan komitmen semua warga sekolah termasuk komuniti
setempat demi untuk merealisasikan impian menjadi kenyataan serta menjana
legasi yang mantap dan lestari demi kemenjadian anak-anak didik di SKHOT ini.
‘It
always seems impossible until it’s done’
‘No
matter how smart you are, if you never know how to work with people, you
will never be successful’
Selamat Bertugas.
Wan Rozita bt. Wan Osman,
Guru Besar,
SK Haji Omar Tahir.
No comments:
Post a Comment