ARTIKEL 1
Pembelajaran Maya/Online
Pengenalan ICT dalam sistem pendidikan maya secara tidak langsung meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris. Ini selaras dengan dasar penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah Malaysia. Dasar tersebut mensasarkan pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik kerana ilmu dunia banyak diperoleh dalam bahasa Inggeris.
Pendedahan penggunaan bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah lagi boleh memberi banyak faedah kepada mereka. Pendidikan maya telah menyuntik semangat baru kepada pelajar untuk mendalami bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan maya mampu mengayakan perbendaharaan dan kosa kata bahasa Inggeris pelajar. Seterusnya meningkatkan kemahiran dan penguasaan mereka dalam bahasa tersebut. Pelajar yang menguasai bahasa Inggeris dengan baik dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Mereka juga akan menjadi pilihan utama majikan untuk mengambil mereka bekerja. Menteri sumber manusia, Yang Berhormat Datuk Fong Chan Onn juga ada mengatakan salah satu sebab kegagalan siswazah mendapat kerja adalah kerana kurang menguasai bahasa Inggeris. Pelajar perlu meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris bagi menambat hati majikan.
Ini sejajar dengan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) 2001 – 2010 dan Dasar Wawasan Negara (DWN) bagi menghadapi cabaran globalisasi, liberalisasi ekonomi dan persekitaran berasaskan pengetahuan.

ARTIKEL 2.
Walaupun PPSMI dalam proses untuk 'dikebumikan' , namun pengajaran Bahasa Inggeris harus diteruskan.Rentetan daripada itu maka diwujudkan pula 'Program Penutur Jati' di 500 buah sekolah di seluruh negara. Apakah keberkesanannya...just tunggu dan lihat....
ReplyDeleteAda pro dan kontranya program ini. Hanya individu yang terlibat sepenuhnya dapat menilai peratusan keberkesanannya. Bagi saya sebagai salah seorang di antara peserta program ini ia banyak merubah kehidupan saya untuk menjadi seorang guru Bahasa Inggeris yang cemerlang...alhamdulillah
ReplyDelete