Friday 13 October 2023

Flipped Classroom

Pembelajaran abad 21 yang sentiasa berkembang menggalakkan lebih banyak strategi pembelajaran. Antara yang popular adalah Flipped Classroom. Dikesan mula aktif dipraktiskan seawal tahun 2007 oleh guru Kimia di Woodland Park High School, flipped classroom semakin mendapat tempat dalam kalangan pendidik dengan wujudnya Khan Academy. Jom kita dalami lagi apa yang dimaksudkan dengan flipped classroom.

Apa Itu Flipped Classroom?
Flipped Classroom merupakan model pendekatan pengajaran yang mengalihkan masa kuliah di dalam kelas kepada kuliah melalui video di luar kelas. Maka waktu kelas digunakan sepenuhnya untuk aktiviti kolaborasi dan pengukuhan kepada pelajar secara individu. 

Erti kata mudahnya, pelajar diberi video untuk ditonton sebelum masuk kelas. Di dalam kelas, hanya berlangsung sesi pembelajaran dengan aktiviti. Mudah kan?

Dalam kontek Malaysia pula, boleh lah kita katakan bahawa, 


"Flipped Classroom merupakan salah satu strategi pembelajaran abad ke-21 (PAK21) yang efektif bagi membantu guru2 membina kemahiran 4K1V murid untuk menghadapi cabaran masa hadapan. Ia juga memberi lebih masa  kepada guru untuk membimbing murid-murid dalam aktiviti inkuiri dan penyelesaian masalah (inquiry-based & project-based learning) yang dapat mengukuhkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid serta membolehkan guru melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan lebih efektif."



Apa Itu Flipped Classroom?
Model Flipped Classroom

Tidak ada struktur khas yang tertentu bagaimana Flipped Classroom ini dijalankan. Tetapi selagi pembelajaran menggunakan strategi kuliah yang sudah direkodkan dan aktiviti seterusnya berlangsung dalam bilik darjah, itu dikira sebagai Flipped Classroom. Sumber

Dalam sesetengah keadaan, ianya juga melibatkan perbincangan secara online dan menjalankan kajian di rumah. Itu pun masih dikira sebagai Flipped Classroom.


Kelebihan Flipped Classroom
Antara kelebihan menggunakan Flipped Classroom sebagai pendekatan pembelajaran adalah : 

1. Menggalakkan murid untuk berinteraksi dan berkolaborasi sesama rakan
2. Menggalakkan penglibatan murid yang lebih aktif
3. Pembelajaran lebih berpusat, tidak hanya mengajar
4. Menggalakkan 'independent learning'
5. Meningkatkan keupayaan murid untuk bekerja secara individu


Berikut adalah contoh perbezaan sesi pembelajaran yang melibatkan kelas tradisional dan juga kelas yang sudah diflipped. 

Perbezaan kelas tradisional dan Flipped Classroom

Anda boleh lihat dengan jelas, dengan menggunakan model Flipped Classroom, masa dalam kelas lebih banyak diperuntukkan untuk melakukan aktiviti, perbincangan dan pengukuhan. Tugas 'lecture' telah diambil alih oleh pelajar dengan menonton video guru sebelum kelas bermula. Pembelajaran jadi lebih bermakna.


Pengalaman Flipped Classroom
Secara praktikalnya, mungkin sebahagian daripada kita sudah lama mengamalkan konsep pembelajaran sebegini. Iaitu dengan menyuruh pelajar menonton video dan kemudiannya melakukan sesi perbincangan di dalam kelas. Itu lah Flipped Classroom!


No comments:

Post a Comment