SK Langkasuka merupakan sebuah sekolah gred A di daerah Yan. Lokasinya hanyalah 0.5 km dari Pekan Yan. Di kelilingi oleh pelbagai panorama yang mempersonakan seperti Banjaran Gunung Jerai, Pantai Murni, Air Terjun Batu Hampar, Tangga Kenari dan pelbagai lagi panorama yang sememangnya memukau jiwa. Bertarikh pada 23 Mac 2011 telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG kali ke-58 bertempat di Dewan Terbuka SK Langkasuka yang serba indah (bangunan baru, curtain baru pendek kata semua baru tentulah indah kan..kan..) Satu permesyuaratan, diskusi dan lontaran idea antara 'peneraju sekolah' dan para ibu bapa yang sememangnya amat komited dan sentiasa 'excited' dengan setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. 'Terima Kasih, Kamsia, Syukran Jazilan' atas keprihatinan anda semua. Perasmian yang gilang gemilang telah dilakukan oleh YB Dato Ku Abdul Rahman b. Ku Ismail (Adun Guar Chempedak). Beliau yang juga merupakan bekas murid SK Langkasuka dalam ucaptamanya melahirkan rasa gembira dan berbesar hati dengan pencapaian SK Langkasuka dalam semua bidang. Tidak lupa juga beliau mengucapkan tahniah kepada YDP PIBG iaitu Tn Hj Jaafar b. Man (seorang usahawan yang sukses di Daerah Yan) dan barisan kepimpinan PIBG serta Tn Hj Pamin b. Hj Paieman (Guru Besar) dan semua pentadbir sekolah atas kecemerlangan kepimpinan yang telah ditunjukkan oleh mereka. Syabas!!!!! Mesyuarat berlangsung dalam suasana yang santai dan penuh dengan semangat kekeluargaan . Bak kata pepatah 'Sepakat Membawa Berkat'.
Lagu Sekolah Berjanji warga Langkasuka Jadi anak harapan bangsa menimba ilmu penuh di dada Bersedia berusaha Belajar tekun tanpa jemu Taat guru patuhi selalu Kasih ibu bapa dan semua buatlah jasa. Lngkasuka 2x Sekolah kutercinta Langkasuka 2x Pasti maju jaya.
|
AJK Pendaftaran merangkap 'PA' tak bertauliah |
|
|
|
|