Sunday 10 July 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG SK LANGKASUKA 2011



SK Langkasuka merupakan sebuah sekolah gred A di daerah Yan. Lokasinya hanyalah 0.5 km dari Pekan Yan. Di kelilingi oleh pelbagai panorama yang mempersonakan seperti  Banjaran Gunung Jerai, Pantai Murni, Air Terjun Batu Hampar, Tangga Kenari dan pelbagai lagi panorama yang sememangnya memukau jiwa.
Bertarikh pada 23 Mac 2011 telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG kali ke-58 bertempat di Dewan Terbuka SK Langkasuka yang serba indah (bangunan baru, curtain baru pendek kata semua baru tentulah indah kan..kan..) Satu permesyuaratan, diskusi dan lontaran idea antara 'peneraju sekolah' dan para ibu bapa yang sememangnya amat komited dan sentiasa 'excited' dengan setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. 'Terima Kasih, Kamsia, Syukran Jazilan' atas keprihatinan anda semua. Perasmian yang gilang gemilang telah dilakukan oleh YB Dato Ku Abdul Rahman b. Ku  Ismail   (Adun Guar Chempedak). Beliau yang  juga merupakan bekas murid SK Langkasuka dalam ucaptamanya melahirkan rasa gembira dan berbesar hati dengan pencapaian SK Langkasuka dalam semua bidang. Tidak lupa juga beliau mengucapkan tahniah kepada YDP PIBG iaitu Tn Hj Jaafar b. Man (seorang usahawan yang sukses di Daerah Yan) dan barisan kepimpinan PIBG serta Tn Hj Pamin b. Hj Paieman (Guru Besar) dan semua pentadbir sekolah atas kecemerlangan kepimpinan yang telah ditunjukkan oleh mereka. Syabas!!!!!
       Mesyuarat berlangsung dalam suasana yang santai dan penuh dengan semangat kekeluargaan . Bak kata pepatah 'Sepakat Membawa Berkat'.

Lagu Sekolah
Berjanji warga Langkasuka
Jadi anak harapan bangsa
menimba ilmu penuh di dada
Bersedia berusaha
Belajar tekun tanpa jemu
Taat guru patuhi selalu
Kasih ibu bapa dan semua
buatlah jasa.
Lngkasuka 2x
Sekolah kutercinta
Langkasuka 2x
Pasti maju jaya.






AJK Pendaftaran merangkap 'PA' tak bertauliah  



Terima kasih daun keladi Dato'.
Tawa keriangan seorang ibu apabila kejayaan anakanda mendapat pengiktirafan
Ibu-ibu sentiasa memberi komitmen walaupun sibuk bangat.



'Satu dalam sejuta' : Tn Hj Pamin b. Hj Pieman (GB)
"Ada 5 toggak kejayaan PIBG SKL...tuan2 dan puan2 nk tau dak    apa tu?!!" (YDP En. Jaafar b. Man)




'Biar saya beri penjelasan agar tidak lagi timbul kekeliruan'

16 comments:

  1. PIBG dan pihak sekolah perlu bersatu hati untuk memastikan kejayaan anak2..

    ReplyDelete
  2. blog yang cantik dan menarik.

    ReplyDelete
  3. penerangan yang jelas...syabas cikgu

    ReplyDelete
  4. cantik blog cikgu

    ReplyDelete
  5. PIBG yang aktif akan menjamin kecemerlangan sekolah dan anak didik....

    ReplyDelete
  6. Gabungan tenaga ibu bapa dan guru dapat membantu kejayaan anak-anak didik kita.

    ReplyDelete
  7. Guru ibu bapa merancang murid cemerlang.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah dah habis mesyrt PIBG...sukan bila plak?...

    ReplyDelete
  9. terer cikgu buat blog... saya pun tak reti sangat...

    ReplyDelete
  10. Sukan plan bln 7 tp kansel last minit,bulan 10 plak katanya.ntah jadi ntah tidak..

    ReplyDelete
  11. Saya pun blajaq kok kaq kok kaq gak cg lutfi...tekan ikut dan ja...last bleh gak sikit2

    ReplyDelete
  12. blog yang penuh dengan info yang berguna

    ReplyDelete
  13. speechless tengok blog you... kemas dan menarik.. cuma... lagu agak sedih. tahu le nak exam, tapi jgn le sedih... BE HAPPY!Just be like me .. always happy...modul yang ada jgn dipandang sepi...

    ReplyDelete
  14. dlm mesy. PIBG memang kaum ibu yg ramai, sebab ibu la tunggak kejayaan anak-anak.

    ReplyDelete